Pertama: Mereka yang dapat mengucapkan syahadah/syahadat menjelang kematian
sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis sahih, antaranya Rasulullah SAW
bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang ucapan terakhirnya ‘Laa ilaaha
illallah’, maka dia masuk syurga.” (Hadis Hasan)
Ke-2: Kematian yang disertai dengan
basahnya kening dengan keringat atau peluh berdasarkan hadis Buraidah bin
Hushaib r.a: Dari Buraidah bin Khusaib RA bahawa ketika dia berada di Khurasan
sedang membesuk seorang sahabatnya yang sakit dia mendapatinya sudah meninggal
tiba-tiba keningnya berkeringat maka dia berkata: “Allahu Akbar!, aku mendengar
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kematian seorang mukmin disertai
keringat di keningnya.” (Hadis Sahih)
Ke-3: Mereka yang (baik-baik dan soleh) meninggal
dunia pada malam Jumaat atau siangnya berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah
seorang Muslim yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan
Allah melindunginya daripada seksa kubur.”
Ke-4: Meninggal dalam keadaan syahid di
medan perang sebagaimana ertinya: “Dan janganlah sekali-kali kamu mengira
bahawa orang-orang yang terbunuh di jalan Allah mati, tetapi mereka hidup
diberi rezeki di sisi Tuhan mereka. Mereka bergembira dengan kurnia yang
diberikan Allah kepada mereka dan memberi khabar gembira kepada orang yang
belum mengikuti mereka di belakang janganlah mereka takut dan sedih. Mereka
memberi khabar gembira dengan kenikmatan dari Allah dan kurniaNya dan bahawa
Allah tidak mensia-siakan balasan bagi orang-orang beriman.” (QS Ali Imran:169-171)
Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Orang yang syahid
mendapatkan enam perkara: Diampuni dosanya sejak titisan darahnya yang pertama;
diperlihatkan tempatnya dalam syurga; dijauhkan dari seksa kubur; diberi
keamanan dari goncangan yang dahsyat di hari kiamat; dipakaikan mahkota
keimanan; dinikahkan dengan bidadari syurga; diizinkan memberi syafaat bagi
tujuh puluh anggota keluarganya.”
Ke-5: Mereka yang meninggal dunia ketika
berjuang di jalan Allah (bukan terbunuh) berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Apa
yang kalian nilai sebagai syahid antara kalian? Mereka berkata: Ya Rasulullah,
siapa yang terbunuh di jalan Allah, maka dia syahid. Beliau berkata: Jadi
sesungguhnya syuhada’ umatku sedikit.” Mereka berkata: “Lalu siapa mereka Ya
Rasulullah?” Baginda bersabda: “Barang siapa yang terbunuh di jalan Allah
syahid, barang siapa yang mati di jalan Allah syahid, barang siapa yang mati
kerana wabak taun syahid, barang siapa yang mati kerana penyakit perut syahid
dan orang yang tenggelam syahid.”
Ke-6: Mati kerana satu wabak penyakit taun
berdasarkan beberapa hadis antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Wabak taun
adalah kesyahidan bagi setiap Muslim.”
Ke-7: Mereka yang mati kerana penyakit
dalam perut berdasarkan hadis di atas.
Ke-8 dan ke-9: Mereka yang mati kerana
tenggelam dan terkena runtuhan berdasarkan sabda Nabi SAW: “Syuhada ada
lima: yang mati kerana wabak taun, kerana penyakit perut, yang tenggelam, yang
terkena runtuhan dan yang syahid di jalan Allah.”
Ke-10: Matinya seorang wanita dalam nifasnya
disebabkan melahirkan anaknya: Dari Ubadah bin Shamit RA bahawa Rasulullah SAW
menjenguk Abdullah bin Rawahah RA dan berkata: Beliau tidak berpindah dari
tempat tidurnya lalu berkata: “Tahukah kamu siapa syuhada’ dari umatku?”
Mereka berkata: “Terbunuhnya seorang Muslim adalah syahid.” Baginda berkata:
“Jadi sesungguhnya para syuhada’ umatku, terbunuhnya seorang Muslim syahid,
mati kerana wabak taun syahid, wanita yang mati kerana janinnya syahid (ditarik
oleh anaknya dengan tali arinya ke syurga).”
Ke-11 dan ke-12: Mereka yang
mati kerana terbakar dan sakit bengkak panas yang menimpa selaput dada di
tulang rusuk, ada beberapa hadis yang terkait yang paling masyhur: Dari Jabir
bin ‘Atik dengan sanad marfu’: “Syuhada’ ada tujuh selain terbunuh di jalan
Allah: yang mati kerana wabak taun syahid; yang tenggelam syahid; yang mati
kerana sakit bengkak yang panas pada selaput dada syahid; yang sakit perut
syahid; yang mati terbakar syahid; yang mati terkena runtuhan syahid; dan
wanita yang mati setelah melahirkan syahid.”
Ke-13: Mereka yang mati kerana sakit TB
berdasarkan hadis: Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Terbunuh di
jalan Allah syahid, wanita yang mati kerana melahirkan syahid, orang yang
terbakar syahid, orang yang tenggelam syahid, dan yang mati kerana sakit TB
syahid, yang mati kerana sakit perut syahid.” (Hadis Hasan)
Ke-14: Mereka yang mati kerana
mempertahankan hartanya yang hendak dirampas. Dalam hal itu ada beberapa hadis
di antaranya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang terbunuh kerana
hartanya (dalam riwayat: barang siapa yang hartanya diambil tidak dengan alasan
yang benar lalu dia mempertahankannya dan terbunuh,) maka dia syahid.”
Ke-15 dan ke-16: Mereka yang
mati kerana mempertahankan agama dan dirinya: Rasulullah SAW bersabda: “Barang
siapa yang terbunuh kerana hartanya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana
keluarganya syahid, barang siapa yang terbunuh kerana agamanya syahid, barang
siapa yang terbunuh kerana darahnya syahid.”
Ke-17: Mereka yang mati dalam keadaan
ribath (berjaga-jaga di perbatasan) di jalan Allah. Ada dua hadis dalam hal itu salah satunya:
Rasulullah SAW bersabda: “Ribath sehari semalam lebih baik dari berpuasa dan
qiyamullail selama sebulan, dan jika mati maka akan dijalankan untuknya amalan
yang biasa dikerjakannya, akan dijalankan rezekinya dan diamankan dari fitnah.”
Ke-18: Mati ketika melakukan amal soleh
berdasarkan hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang
mengucapkan: ‘Laa ilaaha illallah’ mengharapkan wajah Allah lalu wafat setelah
mengucapkannya maka dia masuk syurga, barang siapa berpuasa satu hari
mengharapkan wajah Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk
syurga, barang siapa yang bersedekah dengan satu sedekah mengharapkan wajah
Allah lalu wafat ketika mengerjakannya maka dia masuk syurga.”
Ke-19: Mereka yang dibunuh oleh penguasa
yang zalim kerana memberi nasihat kepadanya: Rasulullah SAW bersabda: “Penghulu
para syuhada’ adalah Hamzah bin Abdul Mutalib dan seseorang yang mendatangi
penguasa yang zalim, lalu dia memerintahkan yang baik dan melarang dari yang
mungkar lalu dia dibunuhnya.” Hadis dikeluarkan oleh Al-Hakim dan
disahihkannya, dan Al Khatib.
Semoga kita dimatikan di dalam Khusnul Khotimah dan dijauhkan
kematian di dalam Suul Khotimah. Amien, Ya Rabbal ‘Alamin...
Wallahua'lam.(bit)
tinggalkan komentar anda..
tinggalkan komentar anda..